Gempar !!! Zahid akan duduk di kerusi blok pembangkang sidang kali ini?

Oleh MHDAILY

Zahid akan duduk di kerusi blok pembangkang sidang kali ini?.Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh membuktikan pendirian partinya menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa sidang Parlimen nanti dengan memohon kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk menukar kedudukan kerusinya di sebelah blok pembangkang.

Ahli Parlimen Bagan Datuk berhak untuk mengambil langkah tersebut memandangkan ia selari dengan keputusan Mesyuarat Tertinggi (MT) parti itu yang membuat ketetapan mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur pada 8 Julai lalu.

Menurut penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, permohonan tersebut boleh dikemukakan Zahid semasa sidang berlangsung nanti ia bagi membuktikan pendirian partinya dan tindakan mengeluarkan kenyataan menarik sokongan kepada umum tidak akan mengabsahkan keputusan partinya itu.

Baca Artikel Penuh