Tular video lucah artis popular
‘Bergegar’ dunia hiburan hari ini apabila sebuah video tidak senonoh individu mirip seorang pelakon dan penyanyi tular di media sosial.
Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, individu mirip seorang lelaki itu dilihat tidak berpakaian dan menunjukkan aksi kurang senonoh yang dipercayai dirakam di dalam sebuah tanda.
Video tersebut telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter dan diulang kicau lebih 250 kali.
Malah, ciapan itu juga mendapat pelbagai respon warganet yang kesal dengan tindakan lelaki tersebut jika benar dia adalah pelakon yang didakwa.
Ada juga segelintir warganet yang mendakwa video tersebut merupakan hasil rakaman lama lelaki mirip pelakon yang juga suami kepada seorang selebriti itu berikutan wajah yang kelihatan lebih muda.
video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dan telah diulang siar sebanyak 250 kali oleh netizen.
Dalam ruangan komen, terdapat netizen berpendapat rakaman tersebut merupakan video lama milik selebriti lelaki itu.
Untuk rekod, video tayang kemaluan didakwa milik beberapa selebriti lelaki tanah air juga pernah tersebar dalam media sosial sebelum ini.
Antara yang pernah menjadi mangsa ialah aktor, Zul Ariffin dan penyanyi, Aiman Tino
Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/gaya/2021/06/video-lucah-lelaki-mirip-artis-bikin-panas/
Jika Anda Terlepas:Moratorium : Perlu mohon, tandatangan pindaan syarat – PM