Gempar !!! ‘Pengkhianat’ Beijing bongkar cerita sebenar asal-usul Covid-19 di Wuhan

‘Pengkhianat’ Beijing bongkar cerita sebenar asal-usul Covid-19 di Wuhan.Seorang warga China yang dilabel sebagai ‘peng­khianat’ serta ‘pembelot’ oleh Beijing, mendakwa pernah memberi amaran kepada pegawai ter­tinggi Amerika Syarikat (AS) me­ngenai penemuan virus baharu di Wuhan.

Wei Jingsheng mendakwa, amaran itu dibuat kira-kira lima bulan sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik.

Lapor Daily Mail, Jingsheng membuat pendedahan mengejutkan itu dalam satu dokumentari baharu bertajuk ‘What Really Happened in Wuhan’ yang disiarkan di Sky News.

Dalam dokumentari tersebut, Jingsheng mendakwa telah menyuarakan kebimbangannya mengenai situasi yang berlaku itu kepada pegawai kanan di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump namun ia tidak dipedulikan.

WEI Jingsheng mendakwa sudah memaklumkan penemuan virus baharu kepada AS pada November 2019. – AFP
Menurut juru kempen demokrasi yang pernah dipenjarakan kerana ‘aktiviti kontra-re­volusi’ itu, beliau memaklumkan perkara itu pada November 2019 ketika khabar angin mengenai virus SARS baharu mula tular di aplikasi WeChat dan platform media sosial China yang lain.

“Ketika itu, saya merasakan mereka tidak bimbang seperti saya, jadi saya cuba sedaya upaya untuk memberikan lebih banyak perincian dan maklumat.

“Mereka mungkin tidak percaya bahawa sebuah negara sanggup melakukan perkara seperti itu (sembunyikan isu virus), jadi saya telah cuba beberapa kali meyakinkan mereka,” katanya.

Pengkhianat

JINPING KAWAL MAKLUMAT
Dilaporkan, rejim pemerintahan Xi Jinping cuba menghalang pemberi maklumat dan mengekang sebarang perbincangan mengenai virus tercetus di Wuhan pada peringkat awal.

Sebarang maklumat mengenai virus SARS baharu atau wabak yang dimuat naik di sosial telah disekat.

Malah, beberapa petugas perubatan yang cuba bersuara dan memberi amaran kepada dunia mengenai virus tersebut juga ditahan dan dipaksa menandata­ngani pengakuan palsu kononnya mencetuskan keadaan panik.

Jingsheng yang hidup dalam buangan di AS selama beberapa tahun memaklumkan beliau menyedari situasi berlaku itu menerusi orang dalaman Parti Komunis di Beijing.

Dakwanya, individu berkenaan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai keadaan tersebut dan tindakan kerajaan pusat menyembunyikan isu terbabit.

Namun, dakwa Jingsheng, perkara yang disampaikan kepada pegawai AS tidak dipandang serius.

Jingsheng tidak mendedahkan nama pemimpin politik terbabit namun menegaskan individu tersebut merupakan pegawai kanan kerajaan dan berada dalam kedudukan mempengaruhi Trump yang ketika itu merupakan Presiden AS.

“Saya tidak pasti sama ada ahli politik itu mahu saya bercakap mengenai beliau di sini.

“Apa yang saya ingin katakan adalah beliau seorang ahli politik yang berada pada kedudukan sangat tinggi untuk berhubung dengan Presiden AS,” katanya.

ASAL-USUL COVID-19?
Ketika kes koronavirus terus melanda China, kerajaan republik itu bertindak menyembunyikan wabak berkenaan daripada WHO sehingga 31 Disember 2019, apabila asal-usulnya sudah tidak dapat lagi dikesan.

Beijing ketika itu menafikan virus tersebut boleh berjangkit dari individu ke individu sehingga tampil mengakui pada akhir Januari tahun lalu.

WHO mengisytiharkan wabak misteri itu sebagai Darurat Kesihatan Awam susulan Kebimba­ngan Antarabangsa (PHEIC) pada 30 Januari 2020 ketika kes jangkitan mula melanda negara lain termasuk AS pada bulan yang sama.

Virus dikenali sebagai Covid-19 pada 11 Februari 2020 sebelum diisy­tihar sebagai pandemik oleh WHO, 11 Mac.

Setakat ini, kira-kira 226 juta kes jangkitan dengan lebih 4.6 juta kematian akibat Covid-19 dilaporkan.

Lebih 628,000 kes kematian Covid-19 direkodkan di seluruh AS.

BACA: Gempar !!! 38 kes varian Delta dan Beta dikesan di Kelantan, penduduk diminta waspada

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/asal-usul-covid-19-di-wuhan-sudah-diberi-amaran-as-tak-peduli/

BACA: Gempar !!! TMJ ingatkan Peja jangan tukar cerita isu padang Bukit Jalil, ramai saksi