Gara-gara terlalu rajin bekerja, majikan ‘payung’ staff kereta Proton Saga baru

Gara-gara terlalu rajin bekerja, majikan ‘payung’ staff kereta Proton Saga baru.

Baru-baru ini tular di TikTok, video yang memaparkan seorang lelaki telah menerima sebuah Proton Saga

(mungkin varian Standard Lite AT) baharu yang dimuatnaik menerusi akaun viviproton yang merupakan seorang penasihat jualan Proton di Johor Bahru.

Gara-gara terlalu rajin bekerja, majikan 'payung' staff kereta Proton Saga baru

Video tersebut setakat ini telah mendapat lebih 81,400 tontonan dan 4,063 tanda suka. Sebenarnya, apa yang membuat video ini tular adalah kerana lelaki tersebut merupakan pekerja warga Indonesia yang telah menerima hadiah kereta tersebut daripada majikan, berkat daripada ‘kerajinannya’,

Semasa hari penyerahan kereta, majikan tersebut membuat kejutan dengan membawa pekerjanya yang bertuah itu ke bilik pameran Proton.

Daripada reaksi wajah lelaki tersebut, jelas dia terkejut, terharu dan bersyukur semasa menerima kunci kereta Saga yang dihiasai dengan ‘riben merah besar’ pada bonetnya itu.

@viviproton 很有福气的一位员工 老板送大礼给他作为奖励🎁🎁 顾客说 这是他一位很好地员工 👍#viviproton #汽车销售顾问 #congratulations #proton #sales #advisor #johor #送员工的礼物 ♬ 原聲 – Hs Vivi Proton

Menurut portal China Press, Saga itu yang telah dibayar secara tunai oleh majikannya dan didaftarkan atas nama lelaki tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan memuji tindakan majikan lelaki tersebut. Salah seorag daripada mereka berkata, lelaki tersebut beruntung kerana mendapat majikan yang baik.

Ada juga yang berkata, ini merupakan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak dan katanya lagi, majikan lelaki tersebut amat menghargai segala usaha gigihnya untuk syarikat selama ini.

BACA:

Wanita ini raih pendapatan RM42,000 sebulan dengan hanya kerja beri nama bayi sahaja undang reaksi netizen