‘Dia nak buat masak lemak kot?’, pelancong Vietnam ‘kantoi’ bawa masuk 10kg tikus salai

‘Dia nak buat masak lemak kot?’, pelancong Vietnam ‘kantoi’ bawa masuk 10kg tikus salai.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) Pulau Pinang merampas 10kg tikus salai

Barang yang dibawa seorang penumpang Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

'Dia nak buat masak lemak kot?', pelancong Vietnam 'kantoi' bawa masuk 10kg tikus salai

Pengarahnya, Muhammad Ikram Abdul Talib, berkata rampasan tikus salai bernilai RM1,000 itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam.

“Ia dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam dan pemeriksaan pegawai Maqis di LTAPP semalam.

“Tikus salai tersebut dijumpai semasa pemeriksaan bagasi seorang penumpang dari Vietnam. Kita merampas tikus salai berkenaan selepas mendapati ia dibawa masuk ke negara ini tanpa kebenaran,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, tindakan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit sah merupakan kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum bawah Seksyen 11(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, katanya, individu itu boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Ikram berkata, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung.

“Maqis sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara.”

BACA:

Harga tiket Coldplay dijual semula macam ‘pergi haji balik hari!’, sekali ini komen padu Menteri

Kenapa ya? 7 Eleven dekat Thailand lebih laku keras berbanding di negara lain?