Dengan adanya darurat, tak timbul lagi kerajaan ada majoriti atau tidak

Oleh MHDAILY

Pengisytiharan darurat menjadikan kerajaan tidak berjalan, justeru tidak berbangkit soal kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai cukup majoriti atau tidak, menurut Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah.

“Bila darurat kerajaan tidak berjalan seperti biasa, jadi tak berbangkit kerajaan cukup undi (sokongan) ke atau tak cukup. Ia tak berbangkit.

“Sebab darurat ini keadaannya berbeza, kenapa kita nak kata kerajaan tumbang pula?” katanya kepada media ketika ditemui selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN), di Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Baca Artikel Penuh