Dah 2 minggu meninggal dunia sebelum hari PRU, sekali lain jadi termenang PRU pula undang reaksi netizen

Oleh MHDAILY

Dah 2 minggu meninggal dunia sebelum hari PRU, sekali lain jadi termenang PRU pula undang reaksi netizen.

Seorang wanita diisytiharkan menang dalam pilihan raya tempatan di India hampir dua minggu selepas kematiannya.

Ashiya Bi, 30, mendapat hampir 44% undian dalam pilihan raya majlis bandaran di Uttar Pradesh pada bulan ini,

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Dah 2 minggu meninggal dunia sebelum hari PRU, sekali lain jadi termenang PRU pula undang reaksi netizen

sebelum diisytiharkan menang susulan kematiannya akibat jangkitan pada paru-paru dan perut, 12 hari sebelum pengundian.

Suaminya memaklumkan pihak berkuasa pilihan raya mengenai kematiannya, tetapi Pegawai Daerah Bhagwan Sharan memberitahu AFP hari ini, tiada prosedur untuk membuang namanya daripada kertas undian.

“Sebaik proses pilihan raya dimulakan, ia tidak boleh dihentikan atau ditangguhkan,” katanya.

Sebelum kematiannya, Bi mendapat sokongan ramai pengundi dan kebanyakannya memutuskan untuk tetap mengundinya walaupun telah meninggal dunia sebagai tanda hormat.

“Ashiya mudah berkawan dan orang ramai tidak mahu memungkiri janji untuk menyokongnya,” kata penduduk Mohammad Zakir dipetik Times of India.

Suaminya Muntazim Qureishi berkata Bi disayangi ramai kerana personalitinya yang tenang.

Kesetiaan peribadi, kekeluargaan dan masyarakat kerap mempengaruhi pilihan raya di India.

BACA:

Kecoh kes kalimah Allah? Ini sebenarnya yang berlaku ramai nak tahu

Gara-gara memandai-mandai turap jalan tanpa kebenaran, pihak berkuasa buru aktivis