Covid-19 : Rekod tertinggi kematian harian, Malaysia catat 126 kematian

Oleh MHDAILY

Malaysia merekodkan 126 kematian akibat COVID-19 hari ini, yang merupakan rekod kematian tertinggi pernah dicatatkan sejak virus itu dikesan di Malaysia tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain itu, sebanyak 7,703 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan angka keseluruhan sebanyak 587,165 kes.

Katanya, Selangor kekal dengan negeri tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,728 kes, diikuti Kuala Lumpur (701 kes) dan Sarawak (588 kes).

Baca Artikel Penuh