‘Coolant’ boleh cetus kebakaran, 80 ribu pengguna Mercedes dalam risiko

‘Coolant’ boleh cetus kebakaran, 80 ribu pengguna Mercedes dalam risiko. Seramai 800,000 orang pemilik kenderaan Mercedes-Benz telah diberikan amaran terhadap risiko kebakaran yang mungkin berlaku disebabkan oleh kebocoran cecair coolant.

Namun begitu, kempen panggil semula tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini disebabkan Mercedes sendiri tidak mempunyai komponen atau alat ganti yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Isu ini berpunca daripada kebocoran pada pam coolant dan mampu mengakibatkan suhu meningkat, sekaligus menyebabkan kebakaran.

Berita ini pertama kali dilaporkan oleh akhbar Bild yang turut sama menerbitkan salinan surat Daimler kepada 800,000 orang pemilik yang terjejas, dan kesahihan surat itu disahkan sendiri oleh Daimler.

Dalam masa yang sama, Daimler menyarankan pemilik yang terjejas untuk mengurangkan penggunaan kenderaan, atau memandu dengan cara yang lebih berhati-hati bagi mengurangkan risiko kebakaran.

Antara model yang terjejas termasuklah GLE/GLS (platform 167), C-Class (platform 205), E-Class (platform 213), S-Class (platform 222), S-Class (platform 223), E-Class Coupe/Convertible (platform 238), GLC (platform 253), CLS (platform 257) serta G-Class (platform 463).

Sebahagian daripada model yang terjejas ini didatangkan dengan nadi diesel.

BACA : Bongkah ais 3,250 KM persegi cair dalam tempoh sebulan, ini alamat tak baik
Warga emas nekad kayuh basikal ratusan kilometer balik kampung setelah diberhentikan kerja
Kusyen kereta ada ‘peta’?, Lelaki ini kongsi cara murah bersihkannya

Artikel ini disiarkan pada 10/01/2022