Boleh keluar rumah tanpa pelitup muka jika sudah divaksin

Oleh MHDAILY

Korea Selatan hari ini berkata mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dibenar keluar tanpa memakai pelitup muka mulai Julai ini.

Langkah itu adalah antara usaha mendorong penduduk yang lebih tua mendapatkan vaksin kerana Korea Selatan mensasarkan sekurang-kurangnya 70% daripada 52 juta penduduknya diinokulasi menjelang September, berbanding hanya 7% kini.

Mereka yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos juga akan dibenarkan berkumpul dalam jumlah yang lebih besar mulai Jun, kata Perdana Menteri Kim Boo-kyum dalam satu mesyuarat maklum balas koronavirus hari ini.

Baca Artikel Penuh