Boleh bincang dengan Umno jika sedia ikut prinsip PH – Khalid

Oleh MHDAILY

AMANAH dan Pakatan Harapan sedia berbincang dengan Umno jika parti itu sedia untuk bekerjasama atas prinsip dan perjuangan yang ditetapkan oleh PH, kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad.

Menerusi bualbicara secara langsung dalam TV Internet Jom Channel malam tadi Khalid bersetuju bahawa, musuh dan kawan dalam politik ini tidak kekal tetapi yang kekal adalah prinsip perjuangan.

“Saya setuju bahawa prinsip yang kekal, kawan dan musuh tak kekal dalam politik ini. Jika Umno setuju dengan prinsip dan perjuangan yang dibawa oleh PH, kita boleh bincang jika perlu,” kata Khalid dalam bualbicara itu.

Baca Artikel Penuh