Bertudung litup, berbaju kurung… Rupanya Hanna Yeoh

Oleh MHDAILY

Hannah Yeoh membuat kejutan apabila berselendang dan berbaju kurung ketika menghadiri hari terbuka di sebuah masjid di Segambut mencuri perhatian warga maya.

Menurut laporan Malaysiakini, penampilan Ahli Parlimen Segambut berselendang ungu yang sedondon dengan baju kurung dipakainya membuatkan beliau tidak dikenali seorang pengunjung berbangsa Cina, seperti dapat dilihat menerusi video yang dikongsinya di Twitter, apatah lagi kerana dia turut mengenakan pelitup muka.

“Menghadiri Hari Terbuka di Masjid Al-Imam Al-Ghazali Bandar Menjalara #Segambut. Gembira melihat penduduk pelbagai kaum melawat masjid hari ini. Video – uncle ini tak cam saya kerana saya berselendang,” ciap Yeoh.

Baca Artikel Penuh