Batal temujanji sebab tak dapat Pfizer, tindakan Ifa Raziah dikecam netizen

Oleh MHDAILY

Batal temujanji sebab tak dapat Pfizer, tindakan Ifa Raziah dikecam netizen. Pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah dikecam hebat netizen gara-gara bertindak membatalkan janji temu vaksinasinya di saat akhir kerana tidak mendapatkan Pfizer.

Video yang tular di media sosial itu, bagaimanapun dinafikan Ifa yang menjelaskan tindakannya itu tiada kena mengena dengan memilih jenis vaksin.

Menerusi hantaran di TikTok, Ifa berkata dia membatalkan niat mengambil vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Batal

“Miss Diva terpaksa batal vaksin hari ini (semalam) kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,” tulisnya.

Pada hantaran lain di Instagram, Ifa berkata dia bukan sengaja bertindak sebegitu tapi memandangkan vaksin jenis Pfizer saja diyakini sesuai dengan dirinya yang mempunyai masalah kesihatan.

“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia di dalam aplikasi MySejahtera.

“Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan bekalkan penerima dengan vaksin Pfizer. Tapi, jadi lain pula apabila saya nak Pfizer dan diberi Sinovac,” katanya.

Bagaimanapun, yang pasti tindakan berani Ifa itu kurang disenangi netizen. Di kala masih ramai orang yang sukar mendapatkan tarikh janji temu vaksinasi, tapi Ifa pula sanggup bertindak sebaliknya.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/729478/ifa-raziah-demand-vaksin-pfizer

Jika Terlepas: Hanipa dedah sidang parlimen bakal jadi medan perutusan khas sahaja