Orang utan merupakan haiwan dari spesies keluarga beruk yang boleh ditemui di Kepulauan Borneo seperti Sabah dan Sarawak.
Biasanya, kita hanya dapat melihat orang utan di zoo yang dikelilingi pagar atau sangkar.
Berbeza dengan Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Sarawak, di mana orang utan hidup bebas tanpa kurungan.
Selalunya, kita sukar mengagak saiz sebenar orang utan kerana di zoo, haiwan itu jauh dari pandangan mata. Dan apabila orang utan berinteraksi dengan manusia di kawasan pelancongan, saiznya mungkin kelihatan lebih kecil.
Namun, melalui perkongsian seorang pengguna TikTok, Fatha, di akaunnya @fathadieyla92, kita dapat melihat orang utan dengan jelas.
Orang utan dewasa mampu tumbuh sehingga ketinggian lebih daripada satu meter dan mampu hidup antara 30 hingga 40 tahun.
Menerusi perkongsian Fatha, seekor orang utan jantan dilihat berada di atas jalan di pusat hidupan liar tersebut.
Saiznya yang besar dan mengagumkan dapat membuat orang ramai yang melihatnya merasa kagum dan teruja.
@fathadieyla92 Masa melawat dah habis..🤗😁 #fyp #orangutan #today #wildlife #forestry #tiktok ♬ original sound - Fatha Adieyla
Menurut Fatha, orang utan tersebut baru saja menyambut ulang tahun ke-25 pada bulan 12 tahun lepas.
“Raja di Pusat Hidupan Liar Semenggoh,” kata Fatha merujuk kepada orang utan berkenaan.
Fatha turut berkongsi bahawa orang utan yang hidup secara bebas dan liar tidak boleh didekati sembarangan. Mereka memerlukan tenaga antara lapan hingga 10 orang lelaki untuk mengawalnya.
Pusat Hidupan Liar Semenggoh ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai tempat perlindungan untuk orang utan yang cedera, yatim piatu, atau ditangkap sebagai haiwan peliharaan haram.
Kini, pusat itu berfungsi sebagai habitat orang utan dan tempat untuk pengunjung mempelajari tentang spesies nadir yang terancam ini.