Azmin naik angin dengan Umno, siapa dia nak tentukan saya bertanding di mana

Oleh MHDAILY

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan hanya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sahaja yang boleh menentukan beliau bertanding di kerusi mana pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Katanya, selain ketuanya, tiada sesiapa berhak untuk menentukan kerusi untuknya bertanding, sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jadi, siapa dia nak menentukan saya bertanding di mana? Yang tentukan adalah presiden parti sahaja,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri majlis Rapat Malaysia Prihatin di sebuah hotel di sini, hari ini.

Baca Artikel Penuh