Anwar seru untuk lipat gandakan usaha hadapi PRU-15

Anwar seru untuk lipat gandakan usaha hadapi PRU-15

PRESIDEN Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pimpinan dan anggota melipat gandakan usaha sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

Kata Anwar, Keadilan perlu terus kekal menjadi wadah yang diperlukan rakyat dalam melakukan reformasi dan tanggungjawab itu perlu dipikul kesemua anggota.

Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan

“Saya menggesa semua untuk lipat gandakan usaha dan bersiap sedia mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan tiba pada bila-bila masa.

“Negeri Sembilan harus kita pertahankan dan jadikannya antara kubu kuat Pakatan Harapan. Kehendak dan keperluan rakyat mesti terus jadi agenda utama.

“Pimpinan, anggota dan aktivis parti juga diingatkan untuk sentiasa komited pada keadilan, gilap idealisme, tolak rasuah serta tingkatkan gerak kerja dan disiplin,” ujarnya.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-politik/lipat-gandakan-usaha-sedia-hadapi-pru15-anwar-ibrahim-286555