Al Fatihah !!! ‘Selfie’ terakhir sebelum pesawat Sriwijaya terhempas

Pesawat Sriwijaya Indonesia Terhempas Lalu Meletop Di Lautan Kepulauan Seribu Semasa Dalam Perjalanan Dari Jakarta Petang semalam.

Satu dentuman kuat dan jeritan meminta tolong dipercayai daripada pesawat terbabit didakwa didengari oleh nelayan yang berada di Kepulauan Seribu, nelayan itu juga mendakwa melihat api yang sedang marak membakar pesawat terhempas tersebut.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan cebisan daging yang disyaki milik penumpang pesawat Sriwijaya Air yang dilaporkan terputus hubungan sebelum ini. Lapor Tribunnews, kapal peronda Kementerian Perhubungan menemukan cebisan daging manusia di lokasi yang didakwa menjadi titik pesawat Sriwijaya Air terhempas di Kepulauan Seribu.

Seorang Kapten kapal Peronda yang mula2 sampai Kapten Eko berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati cebisan daging yang ditemukan dipercayai dari badan manusia. Selain itu, Eko juga memaklumkan penemuan bahan bakar pesawat di lokasi kejadian

Dalam video awal yang dihantar Nelayan Indonesia kelihatan juga daging2 mangsa bertaburan disekitar pesawat yang terhempas tersebut. Pesawat itu juga dipercayai terbakar dan meletop di udara.

Gambar dibawah adalah selfie terakhir seorang ibu dan dua anaknya dihantar sebelum pesawat berlepas kepada suaminya adalah gambar terakhir penumpang pesawat tersebut.

Untuk rekod, pesawat itu dilapor membawa 62 penumpang termasuk lima anak kapal dan dilaporkan terputus hubungan sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, petang tadi.

Tribunnews melaporkan, cebisan daging itu ditemui anggota kapal peronda Kementerian Perhubungan di lokasi yang didakwa menjadi titik pesawat Sriwijaya Air terhempas di Kepulauan Seribu.

Pihak berkuasa Indonesia juga sudah mengesahkan insiden malang itu dan memaklumkan Presiden Indonesia mengarahkan gerakkan SAR secara besar-besaran dilakukan.

Terkini, Kedutaan Malaysia di Jakarta memaklumkan dalam kenyataannya bahawa tiada rakyat Malaysia dalam pesawat berkenaan.

Sama-sama kita doakan semua agar kesemua 62 penumpang yang terkorban ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah

Sumber :