Akhirnya pesakit Covid-19 tidak perlu lagi beratur panjang di CAC Shah Alam. Pagi ini lepas selesaikan tugasan ‘fadhu kifayah’ di CAC Malawati, saya & isteri dapat perkhabaran gembira. KKM bersetuju dengan saranan hampir setahun lamanya oleh Kerajaan Selangor, khasnya STFC dipengerusikan mantan Menteri Kesihatan, YB DS Dr Dzulkefly Ahmad utk pesakit² positive Covid-19 di Cat 1 dan Cat 2 tidak lagi perlu berebut ke CAC, setiap subuh hari..!
Pesakit di GKV ‘Greater Klang Valley’ yg positive Covid-19 tapi berada di Cat 1 (tiada gejala) atau Cat 2 (bergejala ringan) dikecualikan dari SOP wajib lakukan assessment di CAC. Mereka hanya perlu gunakan applikasi online yg mempunyai HAT (‘home assessment tools’) utk tujuan penilaian kendiri di rumah. Dan pihak KKM akan hanya lakukan pemantauan dari ‘Bilik Operasi’ yg diuruskan oleh KKM setiap hari.
Erti mudahnya, tiada lagi (sepatutnya) kebanjiran pengunjung (contoh semalam lebih 4,300 pesakit) berlaku di CAC Malawati yg viral sejak sekian lama. Maksudnya hanya 860 pesakit (20%) hadir secara wajib di CAC.
Yang lain, sehingga 95% hanya diminta terus kekal lakukan quarantine di rumah utk tempoh ditetapkan, dan membuat laporan berkala/beberapa jam dalam sehari ke dalam system.
Manakala jika laporan menunjukkan berlaku perubahan pada kondisi pesakit daripada Cat 1 atau Cat 2 kepada simptom Cat 3 (keradangan paru² atau pneumonia), maka mereka akan segera diminta hadir ke CAC atau terus ke wad kecemasan Hospital.
Keputusan ini pasti ada pelbagai pros & cons. Tapi saya amat yakin kelebihan dan kebaikan pada keputusan ini jauh lebih banyak daripada kelemahannya. Mesti ramai pesakit yg ‘sihat walafiat’ yg terpaksa beratur berjam² lamanya di luar CAC Malawati yg bersyukur atas keputusan yg sangat ditunggu² ini.
KEDUA. Kegembiraan pada keputusan ini adalah pada pengiktirafan KKM atas kecanggihan fungsi ‘artificial intelligence’ pada applikasi ‘Selangkah’ dibangunkan Kerajaan Selangor yg sudah terbukti berbulan lama mengawal dan memantau pesakit dengan fungsi HAT di Selangor, yg sudah lama digunakan oleh KKM Selangor.
https://m.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10159185960409876
DUA PERKHABARAN ini pasti menggembirakan kita.
Pagi ini saya abadikan beberapa keping photo² akhir di CAC Malawati ini buat kenangan kelak, tatkala nanti keputusan yg baru diwartakan ini dilaksanakan secara total. Masa itu fenomena ‘banjir kilat’ di CAC Malawati itu dah tiada, iAllah.
Terima kasih juga pada YB Menteri KKM atas perbincangan & pandangan kita baru ini, pada tajuk ini, yg akhirnya kamu faham tujuan & matlamat cadangan ini didesak oleh Selangor.
Boleh lah tag saya jika kamu dah upload photo² selfie kita baru ni.
Terima kasih daun keladi.
Ada lagi ‘spanish fly’ boleh lah bagi…
Sumber: