Air Asia Jepun akhirnya muflis

Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun, AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) hari ini memfailkan muflis.

“(Ini) disebabkan ketidakmampuan bayar akibat penurunan permintaan bagi perjalanan berikutan sekatan perjalanan keluar masuk yang dikenakan susulan pandemik coronavirus,” menurut syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

AirAsia Group memegang kepentingan dalam AAJ menerusi pegangan sahamnya di AirAsia Investment Ltd.

Pada 5 Oktober lalu, kumpulan itu mengumumkan ahli lembaga pengarahnya memutuskan untuk menutup operasi AAJ dengan serta-merta untuk mengurangkan beban kewangan di tengah-tengah situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik COVID-19.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/11/755286/airasia-japan-failkan-muflis