Ahli politik dari Pantai Timur berdepan hukuman penjara, sebat kerana raba, cium isteri orang

Oleh MHDAILY

Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan serta membuka siasatan berhubung kejadian cabul seorang wanita melibatkan seorang ahli politik bergelar Datuk di sebuah rumah di Taman Bukit Melawati tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika kejadian di antara Julai hingga Ogos tahun lalu, mangsa serta suaminya telah dilawati oleh suspek bersama isterinya yang turut bermalam di rumah mereka.

“Pada awal pagi keesokan harinya, sewaktu wanita berusia 48 tahun itu sedang tidur di ruang tamu di tingkat satu, dia tiba-tiba merasai telah disentuh di bahagian dada selain dicium yang mengakibatkannya terjaga.

Baca Artikel Penuh