Zuraida biadab, kata Noh Omar

Tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong perlu mendapatkan penjelasan daripada Jemaah Menteri sebelum mengeluarkan titah disifatkan sebagai biadab.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, Zuraida dikatakan tidak memahami konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan anggota Kabinet itu, menganggap tindakan UMNO menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai wajar dan betul.

zuraida

Noh Omar.

“Pemikiran seorang Menteri yang biadap dan tidak memahami konsep Raja Berpelembagaan. Ini juga antara penyebab pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjadi kelam kabut. Kalau urusan dengan pihak Istana pun tak faham bagaimana hendak uruskan masalah rakyat menghadapi pandemik Covid-19?

“Ini menyebabkan rakyat marah dan Seri Paduka pula melahirkan rasa dukacita kepada kerajaan. Betullah tindakan UMNO menarik sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Ampang itu disifatkan demikian selepas mengulas kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam satu rancangan temubual berbahasa Inggeris oleh sebuah televisyen swasta malam tadi.

Sebelum ini, Istana Negara mengeluarkan kenyataan media memberitahu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat murka terhadap tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung tindakan pembatalan Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenan Seri Paduka.

Susulan itu, Zuraida dalam rancangan berkenaan mendakwa Istana Negara tidak patut mengeluarkan kenyataan awam berdasarkan sistem Raja Berperlembagaan dan menegaskan Seri Paduka perlu mendapatkan nasihat daripada Kabinet.

Malah, beliau mendakwa berasa kecewa apabila pihak Istana Negara dikatakan tidak menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara tersebut dan mengingatkan Perdana Menteri menghadap Seri Paduka sekali seminggu sebelum mesyuarat kabinet.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2021/08/zuraida-biadab-noh/

BACA JUGA : Panas !!! Syed Saddiq kena dakwa di mahkamah lagi esok