Zoo di Amerika mulakan proses suntik vaksin Covid-19 kepada haiwan

Zoo Oakland di California memulakan program vaksinasi ke atas haiwan yang berisiko dijangkiti Covid-19 dengan menggunakan vaksin eksperimental yang diluluskan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).

Zoo itu menerima penghantaran pertama vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal veterinar, Zoetis dan menyuntik dos kepada harimau, beruang, singa gunung dan ferret.

Zoo

ABC News melaporkan pengurusan zoo terbabit merancang untuk memberikan dos sama kepada haiwan ‘primat’ seperti cimpanzi, selain kelawar dan babi.

“Sehingga kini, kami menggunakan penghadang di habitat tertentu untuk memastikan penjarakan fizikal, diikuti pemakaian peralatan pelindung diri (PPE) oleh kakitangan bagi melindungi haiwan kami daripada Covid-19,” kata Naib Presiden Perkhidmatan Veterinar Zoo Oakland, Dr Alex Herman.

Zoetis merancang menyumbang lebih 11,000 dos vaksin eksperimentalnya untuk perlindungan kesihatan dan kesejahteraan lebih daripada 100 spesis mamalia yang terdapat di 70 zoo, dan puluhan lagi di pusat konservatori, tapak santuari, institusi akademik dan organisasi kerajaan di 27 negeri.

Vaksin eksperimental itu lulus untuk penggunaan mengikut kes oleh USDA serta doktor haiwan dan dibangunkan selepas permohonan bantuan Zoo San Diego pada Januari lalu susulan penularan Covid-19 membabitkan spesies apes.

Menurut Zoo Oakland lagi, walaupun virus digunakan sama dalam vaksin untuk manusia, vaksin haiwan berbeza dari segi penggunaan ‘pembawa’ carrier.

“Kombinasi unik antigen dan pembawa memastikan keselamatan dan keberkesanan buat spesies di mana vaksin digunakan,” menurut kenyataan zoo itu.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/07/726976/haiwan-disuntik-vaksin-covid-19

jika Anda Terlepas: Panas !!! MKT Umno nekad keluar kerajaan, dedah Puad