Zizan Nin akhirnya dedah kenapa tampil berambut palsu cetus perhatian netizen

Tindakan pelakon Zizan Nin, yang dilihat kerap memakai rambut palsu apabila hadir ke mana-mana acara menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikut media sosial.

Ada yang beranggapan Zizan yang memulakan karier lakonan pada 2000, mahu menutup kepala yang botak akibat sakit.

Bagaimanapun, sebaik diajukan persoalan itu kepadanya, Zizan mengaku tidak mempunyai tujuan khusus memakai rambut palsu, sebaliknya, sekadar suka-suka.

Zizan Nin akhirnya dedah kenapa tampil berambut palsu cetus perhatian netizen

“Alhamdulillah, saya masih sihat dan tiada penyakit kronik. Selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama, saya botakkan kepala dan tunaikan umrah.

“Ketika itu, saya pilih untuk botak sebab panas. Saya mula selesa dengan imej ini. Tetapi, kadang-kadang, saya suka pakai rambut palsu dan tidak sorokkan apa-apa,” katanya.

Baca Artikel Penuh