Zizan beli 4X4 sebagai persiapan jika berlaku banjir

Oleh MHDAILY

Zizan beli 4X4 sebagai persiapan jika berlaku banjir. Episod musibah banjir yang melanda negara baru-baru ini menggerakkan hati pelawak dan pelakon, Zizan Razak untuk membeli sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bagi membantu mangsa banjir di masa hadapan.

Anak kelahiran Terengganu itu mendedahkan hatinya gusar ketika bencana banjir berlaku di sekitar Lembah Klang sebelum ini kerana jadual kerja mengekang pelakon itu daripada aktif membantu mangsa bah tersebut.

Zizan beli 4X4 sebagai persiapan jika berlaku banjir

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Saya betul-betul resah ketika banjir kerana waktu itu sibuk penggambaran, jadi perasaan tidak dapat membantu membuatkan saya tidak senang duduk.

“Lagipun saya sudah lama mengidamkan sebuah Hilux, alang-alang bolehlah beli bagi memudahkan pergerakan atas faktor kerjaya sekali gus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ditanya sama ada dia giat memberi bantuan lain kepada golongan memerlukan, pelakon filem Polis Evo itu berseloroh dengan mengatakan dia lebih gemar mendiamkan sebarang amalan dan kebaikan yang dilakukan.

“Jika kebetulan mendapat peluang untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik, saya akui saya memang suka untuk bantu-membantu, namun takkan saya nak cerita dekat orang lain.

“Nanti orang cakap kita nak menunjuk kebaikan pula,” ujarnya.

Terdahulu, pelantun lagu Bawaku Pergi itu memuat naik sebuah video dalam laman media sosial peribadi miliknya menunjukkan kenderaan pacuan empat roda baharu yang dibelinya semalam.

Baca Juga : BSN MyRinggit-i Banjir : Permohonan dibuka hingga 31 Januari
Raih pendapatan RM50,000 sebulan, anak yatim berumur 16 tahun ini buka mata ramai
BRF & LCTF : PKS bakal nikmati 2 pembiayaan baharu