“Zahid patut terima imuniti daripada didakwa”

Oleh MHDAILY

“Zahid patut terima imuniti daripada didakwa”.Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya diberi imuniti daripada didakwa kerana semua maklumat mengenai transaksi berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dikendalikan keluarganya didedahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid, berkata tertuduh menuntut imuniti daripada pendakwaan mengikut Seksyen 30 (7) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tertuduh (Ahmad Zahid) pada 2 Julai 2018 dan 3 Julai 2018 membuat dua pernyataan berdasarkan Seksyen 30 (3) (b) Akta SPRM. Dengan kedua-dua pernyataan ini, tertuduh mendedahkan maklumat dan oleh itu di bawah Seksyen 30 (7) Akta SPRM, beliau dilindungi dengan imuniti daripada pendakwaan.

Baca Artikel Penuh