Zafrul sudah bertemu Umno, Pas, GPS dan Pejuang untuk libat urus PPN

Zafrul sudah bertemu Umno, Pas, GPS dan Pejuang untuk libat urus PPN

Zafrul sudah bertemu Umno, Pas, GPS dan Pejuang untuk libat urus PPN. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau telah bertemu pemimpin UMNO, Pas, GPS dan Pejuang dalam sesi libat urus Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras PPN bakal mengadakan beberapa lagi pertemuan dalam masa terdekat melibatkan parti-parti politik seperti DAP, PKR, MCA dan lain-lain.

Tidak ketinggalan, kata beliau, siri pertemuan itu juga akan melibatkan pihak berkepentingan lain seperti dewan-dewan perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Moratorium PEMULIH

Tengku Zafrul berkata, hasil daripada pertemuan itu, beliau menerima pelbagai pandangan serta idea daripada parti politik terutamanya melibatkan sektor kesihatan awam.

“Ya, banyak input diberikan oleh mereka. Kita ada input kesihatan mengenai bagaimana kita (perlu) perbaiki menambah baik apa kerajaan lakukan.

“Ada idea menolong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari segi sumber untuk vaksinasi dan juga bantuan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Saya rasa sesi libat urus dengan semua pihak agak bagus dan produktif,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di sini pada Rabu selepas mengadakan tinjauan gerai penjaja di Presint 9.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/libat-urus-ppn-saya-telah-bertemu-umno-pas-gps-dan-pejuang-tengku-zafrul-308450

BACA JUGA : TPM : Negara mampu beralih fasa 2 PPN awal ogos