Zafrul pertahan tindakan tidak tutup sektor ekonomi dalam PKP 2.0 dan PKP 3.0

Oleh MHDAILY

Pendekatan Malaysia untuk tidak menutup ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 and 3.0 bagi menangani gelombang terbaharu pandemik Covid-19 dapat mengelakkan pelbagai kesan buruk ke atas ekonomi serta membendung pengangguran dalam kalangan rakyat.

Dianggarkan bahawa dengan penutupan penuh kegiatan ekonomi seperti PKP 1.0, bilangan rakyat yang menganggur dijangka mencecah satu juta orang selain memberi kesan negatif terhadap pendapatan 2.8 juta pekerja sektor informal yang pada masa ini berada dalam keadaan yang mudah terjejas.⠀

Mengambil pengajaran daripada gelombang pertama Covid-19, yang mana tidak ada negara lain di dunia yang menutup sepenuhnya ekonomi mereka dalam menghadapi gelombang kedua dan ketiga pandemik tersebut, sebaliknya hanya mengetatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta menghadkan aktiviti sosial sahaja, maka inilah juga pendekatan Malaysia.

Baca Artikel Penuh