“You tak basuh pun I suka”, dialog Zamarul kepada Zahirah jadi bualan

“You tak basuh pun I suka”, dialog Zamarul kepada Zahirah jadi bualan

“You tak basuh pun I suka”, dialog Zamarul kepada Zahirah jadi bualan. Untuk pengetahuan anda, drama Tiada Maaf Buatmu telah ditayangkan sejak awal bulan lalu di Astro. Terbaharu, Zahirah Macwilson telah berkongsi sedutan babak dalam drama itu di Instagram miliknya.

Menerusi sedutan babak tersebut, Zamarul Hisham yang memegang watak sebagai Datuk Mazlan mempunyai perwatakan miang telah melontarkan beberapa dialog berunsurkan ‘double meaning’ kepada Zahirah yang membawa watak sebagai Aina Cempaka.

Dalam babak tersebut, Zamarul dilihat sedang membuka ikatan tangan dan kaki Zahirah sebelum meminta izin untuk ke tandas.

Adegan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan kritikan terhadap dialog yang diungkapkan oleh Zamarul.

Malah, segelintir netizen turut meluahkan rasa geli dengan ungkapan Zamarul dalam drama itu dan ada juga yang memuji lakonan Zamarul yang dikatakan ‘menjadi’.

"You tak basuh pun I suka", dialog Zamarul kepada Zahirah jadi bualan

BACA:

Anak Zahid disebut calon parlimen Bagan Datuk, ‘Zahid nak lari ke mana?’

Ini janji Anwar jika jadi PM: Nak kurangkan gaji dan bilangan kabinet

Kecoh satu taman, nenek 55 tahun kena rogol oleh sekumpulan lelaki

CATEGORIES