Yasmin Hani gayakan sut renang, sekali lain pula yang netizen perhatikan
Personaliti TV dan pelakon, Yasmin Hani Richardson atau lebih dikenali sebagai Yasmin Yani kembali menjadi bualan netizen
selepas dilihat memuatnaik beberapa foto di media sosialnya, baru-baru ini.
Menggayakan Sut Renang Ungu
Menerusi hantaran di Instagram, Yasmin dilihat menggayakan sut renang berwarna ungu bersama seluar pendek dan kardigan putih ketika berada di sebuah hotel yang terletak di Kuala Lumpur.
“Life is like a glass of an engulfing concoction, a poison or cure of our own brewing. What measurement? How intense? Consistency and color? Sweet and sour?.”-kapsyen Yasmin di Instagram
“Pakaian Tak Melambangkan Orang Islam…”
Lihat siaran ini di Instagram
Namun, perkongsian pelakon ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen termasuklah ada yang menegur penampilan Yasmin yang didakwa tidak melambangkan umat Islam.
“Bila Allah memberi nikmat usia yang panjang, sepatutnya kita mensyukuri nikmat itu untuk belajar menutup aurat dengan lebih sopan. Cantik di mata manusia tetapi tidak pada Sang Pencipta. Malu jika dicabut nyawa oleh Malaikat tidak sempat menutup aurat.”
“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami. Bukakanlah pintu hati kami, berikanlah kami taufiq dan hidayah.”
“Eei tak ada rasa malu ke.”
“Pakaian tak melambangkan orang Islam. Buat malu orang islam je.”
“Wow makcik, mantapnya.”
“Cantik la kakak.”
“Pandai dia jaga badan.”
BACA: