Yang tinggal sokong Muhyiddin kini hanya pengampu, pembodek dan pendedak

Oleh MHDAILY

Hampir seluruh rakyat, kecuali pengampu, pembodek dan pendedak, ketika ini memang sedang marah kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin.

Kerajaan dilihat telah gagal dalam semua perkara dan Mahiaddin dianggap paling tak berguna berbanding semua Perdana Menteri yang ada sebelum ini.

Jangankan merangsang ekonomi atau memberi iklim perniagaan yang lebih baik dan membuat rakyat gembira, mengurus pandemik Covid19 dan membeli vaksin pun jadi celaru dan haru-biru jadinya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Ketika rakyat sengsara dan tak boleh balik kampung berhari raya, di samping peraturan tidak konsisten dan keliru sehingga menjejaskan ramai orang yang berniaga, Mahiaddin sebaliknya hanya mampu bersembunyi entah di mana tidak berkata apa-apa.

Jika dulu bukan main ghairah muncul dengan perutusan khas demi perutusan, tetapi sejak PKP 3.0 ini bayang wajahnya pun langsung tak kelihatan.

Semuanya dibebankan kepada Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman, seolah-olah ada maksud mahu rakyat membenci UMNO berbanding dirinya atau Bersatu.

Entah apa jenis Perdana Menteri yang kita ada, ketika negara sedang dalam krisis dan rakyat resah hatinya, namun beliau tidak keluar-keluar dan hanya bersembunyi dan takut memunculkan dirinya.

Sepatutnya pada waktu inilah seorang Perdana Menteri harus lebih kerap muncul dan bercakap dengan rakyat ibarat seorang ketua kepada orang bawahan atau bapa kepada anak-anaknya.

Orang bawahan dan anak-anak yang sedang sengsara akan bertambah lagi sengsara yang dirasai mereka jika seorang ketua atau bapa itu tidak memberi sebarang kata, sebaliknya hanya membisu seribu bahasa.

Lantaran itu, dengan PKP sudah dilaksanakan tiga kali dan kemarahan rakyat terus memuncak, Mahiaddin pada hakikatnya tidak layak lagi duduk di kerusinya sekarang.

Lagi lama beliau berada di situ, lagi tertekan dan sengsara rakyat dibuatnya.

Tiada lagi ubat yang sesuai untuk mengurangi tekanan darah yang dialami, hanya Mahiaddin berundur satu-satunya keinginan rakyat sekarang ini.

Mahiaddin kini ibarat Jho Low, kedua-duanya sama-sama dikehendaki.

Jho Low dikehendaki kerana hanya beliau yang boleh menceritakan hakikat sebenar berkaitan 1MDB, manakala Mahiaddin pula dikehendaki untuk berundur dan β€˜berambus’ daripada jawatannya lantaran hanya pengundurannya saa masa depan negara ini dapat diselamatkan.

Dengan tiga kali PKP, disertai darurat lagi, Mahiaddin dipercayai akan lebih gagal jika gelombang Covid19 terus melanda.

Ekonomi dan kehidupan rakyat akan terus menjuman, malah tidak mustahil lebih ramai yang akan bunuh diri nantinya.

Untuk itu, undurlah Mahiaddin demi masa depan rakyat dan negara yang lebih terjamin kedudukannya kerana kerajaan yang dibina atas nama pengkhianatan dan Perdana Menteri yang khianat tidak mungkin dapat memberi apa-apa kebaikan.

Berilah peranan kepada Parlimen memilih seorang Perdana Menteri baharu yang benar-benar diyakini atau pulangkan semula kepada rakyat kuasa membuat pilihan melalui kotak undi.

Kiranya PRU belum sesuai untuk diadakan berikutan wabak Covid19 masih menggila, mustahil mengadakan sidang Parlimen yang hanya dihadiri 220 orang Ahli Parlimen (dua meninggal dunia iaitu Batu Sapi dan Gerik) dengan semuanya sudah disuntik vaksn dan tempat duduk memang sedia berjarak, turut tidak sesuai juga.

Kalau masjid boleh dipenuhi 200 atau 300 jemaah secara berjarak setiap malam dan setiap waktu solat dengan mungkin hanya seorang dua yang telah menerima suntikan vaksin, tentunya mengadakan sidang Parlimen yang singkat, cuma sehari atau dua hari untuk memilih Perdana Menteri baru jauh lebih selamat lagi.

Hakikatnya, memilih Perdana Menteri baharu adalah satu-satunya pilihan terbaik yang boleh menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus sengsara sebelum memikirkan keperluan mengadakan PRU sementara Covid19 belum lagi pulih keadaannya.

Sumber : https://shahbudindotcom.net/2021/05/10/mahiaddin-kini-umpama-jho-low-undurlah-dan-biar-parlimen-pilih-perdana-menteri-baharu.html