Yang gagal adalah kerajaan 22 bulan PH, kata pemimpin Pas

Oleh MHDAILY

PEPERANGAN menghadapi pandemik COVID-19 masih berterusan setelah masuk tahun kedua. Berbagai usaha diambil pihak kerajaan bagi memastikan PKP ‘lockdown’ 3.0 ini akan berjaya memutuskan rantaian wabak ini yang telah mengorbankan lebih 3,291 orang (setakat 5 Jun 2021).

Langkah-langkah SOP yang diperketatkan serta peningkatan jumlah penerima vaksin dijangka akan membantu dalam membendungnya sebagaimana di negara-negara maju lain. Jika semua berjalan lancar dan rakyat konsisten menjaga diri masing-masing, mematuhi SOP dan mengambi vaksin ikut jadual mustahil kita akan mencatatkan kejayaan menjelang penghujung tahun ini dan keadaan hidup rakyat dapat kembali normal.

Sudah pastilah dalam keadaan serba kebimbangan ini rakyat menjadi semakin vokal, bukannya kerana benci atau bosan dengan kerajaan tetapi lantaran terbelenggu dalam kehidupan yang tertekan kita menjadi lebih kritikal.

Baca Artikel Penuh