Yang bergaduh penyokong PH dengan MAZA, mengapa Mujahid pula diheret?, Soal Ustaz ini bikin tergamam

Oleh MHDAILY

Isu Dr Mujahid dan Dr MAZA semakin hangat. Tidak tahu, kenapa tiba-tiba jadi hangat. Lagi pula, Dr Mujahid bukan menteri lagi. Dan tidak pula kelihatan tulisan atau kedengaran ucapan Dr Mujahid menyentuh Dr MAZA. Kini, sampai merebak nak “disepentaskan” pula di atas talian yang mahu dihoskan oleh Amin Idris.

Saya cuba berfikir. Saya rasa, isunya adalah begini;

Kejatuhan Kerajaan PH, ramai anggap Dr MAZA terlibat. Walaupun siri kritikan Dr MAZA terhadap PH tu berlaku lebih awal, tapi kemuncak kemarahan penyokong PH apabila Dr MAZA buat satu soalan di page beliau yang kata kuncinya “Islam terancam di zaman PH”.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Ekoran kata kunci itu, penyokong PH selalu troll dan nganjing Dr MAZA dalam sebarang isu Islam di Malaysia dalam era pemerintahan PN.

Kelemahan Kerajaan PN dalam beberapa isu Islam yang dianggap ketara, seperti Isu seorang anak melayu kahwin secara agama Sikh, murtad melibatkan sajjad dan terbaru, isu penggunaan kalimah Allah; semua ini menjadi troll dan nganjing penyokong PH terhadap Dr MAZA bertalu-talu. Bermaksud, ia tidak ada kaitan dengan Dr Mujahid.

Tidak pasal-pasal, Dr MAZA bersama beberapa rakan beliau membuat sesi berbual santai. Tidak diketahui apa motif sesi tersebut. Namun, banyak isu-isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan sikap Dr MAZA terhadap era kerajaan PH, walhal kerajaan PH sudah tidak ada. Yang ada adalah kerajaan PN. Sekali lagi, penyokong PH troll dan nganjing Dr MAZA. Bermakna, Dr Mujahid tidak ada kaitan langsung.

Dalam sesi bual santai, tidak pasal-pasal terbuka cerita Dr Zakir Naik. Dr MAZA mendakwa ketika itu, Dr Mujahid tidak mahu berjumpa dengan Dr Zakir Naik. Sekali lagi, penyokong PH troll dan nganjing Dr MAZA, bahkan kali ini disertakan pula gambar Dr Mujahid berjumpa dengan Dr Zakir Naik. Dengan ini, persepsi awam menyatakan bahawa Dr MAZA berbohong.

Dr Mujahid apabila dikatakan tidak mahu berjumpa dengan Dr Zakir Naik, beliau buat satu tulisan menyatakan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. Bahkan beliau turut sertakan gambar pertemuan tersebut.

Tiba-tiba dan tak pasal-pasal, keluar tajuk nak ditemukan antara Dr Mujahid dan Dr MAZA. Saya terus fikir: nak buat apa?

A. Dr Mujahid tak ambil port pun. Sejak dari awal, ia isu penyokong PH dan Dr MAZA sahaja.

B. Dr Mujahid jawab itu pun, apabila dikatakan bahawa beliau tidak mahu jumpa Dr Zakir Naik. Jadi, beliau jawab sebab mahu menjelaskan sesuatu dakwaan yang beliau anggap tidak benar. Bahkan, beliau sertakan bukti bergambar.

C. Kalau dalam sesi santai pun, isu yang asal kecil jadi besar. Buat sesi nak ditemukan di ruangan awam dalam bentuk dialog yang dihoskan Amin, ia akan melahirkan lagi besar serangan penyokong PH terhadap Dr MAZA sahaja. Pada saya, ia tidak baik untuk Dr MAZA.

D. Apa untungnya dibualkan isu ini di ruangan awam? Umat Islam tak ada untung pun dalam isu Dr Zakir naik jumpa Dr Mujahid itu. Malah, memang mereka dah berjumpa pun. Tak ada penambahan nilai pun umat Islam di Malaysia dapat dalam pertemuan tersebut.

E. Isu Dr Zakir naik itu, sebenarnya dah selesai dah. Saya bimbang, isu status kewarganegaraan beliau dan status beliau dengan kerajaan India nanti akan berbangkit semula. Ketika itu, tak kan nak salahkan Dr Mujahid juga kot? Beliau sejak awal diam je. Kenapa nak mangsakan beliau lagi? Beliau bukan menteri lagi pun.

F. Saya tidak boleh dan tak mampu nak menasihati kemarahan penyokong PH terhadap Dr MAZA. Cuma saya mencadangkan agar Dr MAZA berhubung dengan Dr Mujahid secara peribadi. Kalau boleh lepak minum teh, dan ambil gambar bersama. Saya tidak rasa, ia dapat redakan serangan penyokong PH terhadap Dr MAZA, tp paling tidak pun, hubungan Dr MAZA dan Dr Mujahid kelihatan ok di sisi mata awam.

Sumber :