Wow! Shila Amzah didakwa ada asset RM222 Juta

Oleh MHDAILY

Wow! Shila Amzah didakwa ada asset RM222 Juta. Baru baru penyanyi terkemuka Malaysia Shila Amzah menafikan dakwaan netizen bahawa beliau mempunyai kekayaan mencecah US$50 juta atau lebih RM222 juta.

Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, 31, menerusi aplikasi soal jawab di Instagram miliknya. Enggan berkongsi dengan lebih lanjut, Shila bagaimanapun membalas persoalan yang diajukan oleh peminatnya itu dengan jawapan yang cukup ringkas.

“Ishhh…. mustahil lah,” tulisnya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Sebelum ini nilai kekayaan itu pernah dikongsi dan dicatatkam menerusi laman web Celebrity Net Worth pada tahun 2016.

Pada 2012, Shila pernah memenangi tempat pertama pertandingan nyanyian, Asian Wave yang berlangsung di Shanghai, China dengan hadiah kemenangan berjumlah RM2.5juta.

Wow! Shila Amzah didakwa ada asset RM222 Juta

Beliau juga pernah diberi bayaran sebanyak RM25,000 untuk persembahan selama 30 minit.

Selain itu, ketika ditanya sama ada pernah atau tidak terfikir untuk berkahwin dengan orang yang lebih kaya agar tidak perlu bekerja, penyanyi itu bagaimanapun menjawab dia tidak memikirkan sangat tentang apa yang dimiliki bakal suaminya nanti.

“Kalau boleh, Sha tak nak fikir sangat apa yang lelaki itu ada. Sha kena kaya sendiri. Yang paling penting memang saya suka kerja keras untuk diri sendiri dan keluarga.

“Siapa pun bakal (suami) selepas ini, Sha tak pernah letak syarat yang dia harus kaya, tapi dia harus rajin,” jelasnya.

Shila juga mendedahkan selepas bercerai dia telah dihina oleh netizen dengan stigma yang tidak baik hanya kerana berstatus janda.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 31, berkata dia sedih dan kecewa kerana status itu dilihat menjadi satu imej yang buruk buat seorang wanita.

“Selepas bergelar janda sebenarnya saya dapat banyak DM (mesej peribadi) yang tak best daripada netizen iaitu seperti sudah ada stigma tak baik pada orang yang bercerai.

“Siapa yang kahwin nak bercerai? Mereka kena hentikanlah untuk menuding cari pada orang yang bercerai ni adalah jahat.
“Saya sedih dan terkilan kerana lebih-lebih lagi yang cakap tu bukan lelaki tetapi kaum wanita. Sebagai seorang wanita saya malu dan saya harap mereka boleh fikir balik apa yang mereka cakap. Terus-terang bila kata-kata ini sampai kepada saya ia buatkan saya susah untuk pulih selepas bercerai.

Shila ditemui Astro Gempak dalam berkongsi kehidupannya selepas berstatus ibu tunggal kepada seorang anak sejak empat bulan lalu.

Mengulas lanjut mengenai kehidupannya kini, Shila akui ia dapat diuruskan dengan baik.

“Pun begitu, saya boleh kata kehidupan saya sekarang selepas bercerai lebih baik dan saya juga dapat uruskan anak dengan mudah.

“Malah saya juga bersyukur kerana dapat fokus kembali dalam karier seni,” tambahnya lagi.

Shila dan bekas suaminya Haris Idraki Elias berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.

BACA:

Saksi dakwa Tun Mahathir terima RM2.6 Juta dari UKSB

Terkini : Tan Sri Mutapha Kamal meninggal dunia

Kadar inflasi di Malaysia naik menggila lagi!