WOW !!! Kerajaan akan benarkan pengeluaran akaun KWSP ???

Oleh MHDAILY

Kerajaan Persekutuan akan melihat isu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan cara yang paling berhemah dan teliti bagi memastikan ia dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan menyedari 70 peratus daripada mereka yang menyimpan dalam KWSP ini mempunyai simpanan kurang dari RM50,000.

“Kerajaan perlu melihat jalan terbaik sebab ada kekangan iaitu satunya ialah untuk bersara dan satu lagi kita sedia maklum yang rakyat sedang terhimpit.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah beri gambaran awal dan kita tunggu pengumumannya nanti. Sudah pasti kerajaan buat keputusan terbaik.

“Sesetengah benda itu senang untuk kerajaan pertimbangkan, tetapi ada juga yang perlu diperincikan dengan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui di luar dewan selepas menghadiri Persidangan Kali Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelantan (Belanjawan) ke-14 di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, walaupun ahli KWSP lebih 14.5 juta, namun yang masih mencarum hanyalah tujuh hingga lapan juta orang sahaja.

Dengan jangka hayat yang ada, katanya, amat perlu untuk kita mempunyai wang yang mencukupi bagi digunakan di hari tua.

“Itu sebabnya setiap rakyat Malaysia harus mempunyai amaun yang mencukupi bagi memastikan mereka tidak mempunyai masalah kewangan yang besar semasa hari tua,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/108577/BERITA/Nasional/Kerajaan-akan-buat-keputusan-terbaik-isu-KWSP-Tok-Pa