Wow! Galaksi paling tua berjaya dirakam

Wow Galaksi paling tua berjaya dirakam

Wow! Galaksi paling tua berjaya dirakam. Galaksi paling tua berjaya dirakam melalui Teleskop James Webb (JWST), ia merupakan galaksi yang berusia 13.5 bilion tahun yang kini dianggap sebagai tertua di alam semesta dan dilihat oleh mata manusia baru-baru ini.

Pendedahan itu diumumkan oleh seorang saintis iaitu Rohan Naidu dari Pusat Harvard untuk Astrofizik di Amerika Syarikat (AS).

“Kami berpotensi melihat cahaya bintang paling jauh,” ujarnya.

Galaksi itu terbentuk hanya 300 juta tahun selepas Letupan Big Bang yang berlaku 13.8 bilion tahun lalu. Galaksi itu digelar sebagai GLASS-z13.

Galaksi itu berjaya dikesan menggunakan Teleskop dengan menggunakan instrumen Near Infrared Camera (NIRCam) yang mampu mengesan cahaya daripada bintang dan galaksi terawal.

Wow! Galaksi paling tua berjaya dirakam

Rohan Naidu dan rakan-rakannya bersama sebuah pasukan yang dianggotai oleh 25 ahli astronomi dari seluruh dunia telah menyerahkan penemuan mereka itu kepada jurnal saintifik.

Teleskop itu dilancarkan ke angkasa lepas pada Disember tahun lalu, Teleskop tersebut bernilai RM44.57 billion. Ia merupakan teleskop terbesar yang pernah dimiliki oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan dibina dengan kerjasama Agensi Angkasa Lepas Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Kanada.

BACA:

Tuan Ibrahim luah isi hati, akui bimbang suasana perpaduan dalam Pas

Penjimatan kerajaan besar-besaran: Gaji menteri tidak akan dipotong – Mustapha

Ustaz Fathi Naim akui ramai gadis mesejnya di Insta, ‘saya layankan aja..”

CATEGORIES