Wawa Zainal makin berani dedah leher dan telinga

Wawa Zainal makin berani dedah leher dan telinga

Wawa Zainal makin berani dedah leher dan telinga. Siapa mengikuti Wawa Zainal di media sosial, pasti tahu pelakon ini tidak lokek berkongsikan aktiviti harian buat tatapan peminat, meskipun jarang dilihat di kaca televisyen.

Baru-baru ini, perkongsian isterikepada pelakon Aeril Zafrel itu menjadi perhatian apabila memuat naik gambar dan video bersama anak perempuannya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Bagaimanapun, gaya tudung yang dipakai Wawa itu telah menarik perhatian apabila dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya sebagai wanita berhijab.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa kurang senang dengan gaya tudung dipakai Wawa apabila menampakkan bahagian leher dan telinganya.

Malah, ada yang menegur semakin lama tudung yang dipakai semakin pendek serta menitipkan pesanan supaya pelakon itu lebih menjaga aurat.

Wawa Zainal makin berani dedah leher dan telinga

Meskipun pelbagai komen kritikan ditinggalkan oleh pengguna laman sosial, namun tiada komen balas daripada Wawa dan video tersebut masih lagi disiarkan.

BACA:

Rupanya 3 operasi Mossad dah berjalan sejak 2010 di Malaysia, kata laporan

Ustaz maahad tahfiz kahwin gadis dari Hawaii jadi perhatian

Baby Shima dedah mesej ustaz, ‘abg nak coli awak’

CATEGORIES