Waspada, Jabatan Kaji Cuaca ramal ribut petir sehingga Khamis ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dan ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak serta Sabah bermula hari ini hingga Khamis.
METMalaysia dalam kenyataan, hari ini turut memaklumkan, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah Pantai Barat dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan) serta Kudat, hari ini hingga esok.
Selain itu, ribut petir dijangka berlaku di satu dua kawasan negeri Perak dan hujan di sesetengah kawasan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada sebelah pagi.
Ribut petir juga dijangka berlaku hari ini, di sesetengah kawasan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor manakala hujan di kebanyakan kawasan pedalaman Perak dan Kelantan pada sebelah petang.
Menurut kenyataan itu, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Miri dan Limbang turut diramalkan ribut petir serta hujan di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu pada sebelah petang.
Pada sebelah malam pula, dijangka ribut petir di satu dua kawasan di Kedah dan pedalaman Pahang serta Pulau Pinang selain hujan di Terengganu, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Johor dan kawasan pedalaman di Perak, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
Sementara itu, esok pada sebelah pagi, hujan dijangka berlaku di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Selangor serta ribut petir yang membabitkan Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Perlis, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Katanya, ribut petir turut dijangkakan berlaku di sesetengah kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang pada sebelah petang serta hujan di Selangor dan Johor.
MetMalaysia turut memaklumkan, ribut petir akan berlaku
Di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Pahang pada sebelah malam manakala hujan di satu dua kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Limbang.
Menurut kenyataan itu lagi, ribut petir dijangka berlaku Khamis ini pada sebelah pagi di sesetengah kawasan Perak dan satu dua kawasan pantai negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Hujan di sesetengah tempat di Selangor dan Melaka serta kawasan pantai di Negeri Sembilan dan Johor manakala mendung di WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya pada sebelah pagi.
Pada waktu petang pula, dijangka ribut petir di sesetengah tempat di Pulau Pinang, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor dan di kawasan pedalaman negeri Kedah, Perak dan Kelantan.
Ribut petir juga dijangka di satu dua kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Miri serta Limbang dan hujan di sesetengah tempat Kapit pada waktu petang.
Selain itu, ribut petir dijangka di kawasan pedalaman Pahang serta hujan di kawasan pedalaman negeri Johor dan hujan di sesetengah tempat termasuk di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Kapit pada sebelah malam.
Baca:
Polis saman individu berpeluk ketika ‘live’ AJL36
“Terharu” diselamatkan pemuda ini, Burung Hantu tiap-tiap hari datang bawa hadiah
Pemuda jalan kaki dari KL ke Kelantan jumpa keluarga selepas hilang kerja