Warga Nepal ini mampu raih pendapatan RM26,000 sebulan bekerja di Malaysia

Kisahnya bermula apabila saudara Izzat pergi ke rumah sewanya yang lama untuk selesaikan beberapa barang peribadi beliau yang masih berada disana. Sangkanya tiada orang yang menyewa, rupa-rupanya rumah itu telah didiami oleh Suren bersama abang dan kaka iparnya.

Yang menariknya adalah Suren berjaya meraih pendapatan sebanyak RM26,000 sebulan walaupun berstatus warga asing.

Kata Suren, beliau sebelum ini hanya bekerja sebagai General Worker di sebuah kilang di Rawang. Namun, beliau nampak potensi perniagaan apabila beliau melihat ramai pekerja Nepal menetap di Malaysia.

Maka, Suren mula membuka bisnes restoran, namun apa yang menariknya kedai makan tersebut adalah khas untuk orang Nepal sahaja. Modus operandi yang dijalankan Suren cukup bijak.

Ini kerana dia hanya menawarkan makanan pada pekerja Nepal yang ada di Rawang dengan pakej bulanan berharga RM220 untuk makan 2 kali sehari selama satu bulan.

Bayangkan, pakej makanan sehari dianggarkan lebih kurang RM7.30 beserta khidmat “free delivery”. Kalau pelanggan yang tidak mahu pakej bulanan, atau pelanggan yang mahu”walk in”, harga makanan akan jauh lebih mahal iaitu mencecah RM11.

Maka, kebanyakan pelanggan lebih berminat dengan pakej bayaran bulanan RM220 sebulan yang ditawarkan oleh Suren.

Sekarang Suren sudah ada pelanggan tetap Nepal yang mengambil pakej bulanan makan di restorannya seramai 120 orang. 120 orang X RM220 = RM26,400. Gempak tak!

Ini anggaran pendapatan kasar minima Suren, tidak dicampur dengan pelanggan yang “walk in”. Beliau sudah boleh menggaji 6 orang pekerja. Kakak iparnya sebagai “cashier”, abangnya sebagai “supervisor”, dua orang Nepal menguruskan “food packaging”, dan dua orang lagi Nepal sebagai “chef” atau tukang masak.

Di bawah ini Rentas Asia kongsikan Jadual Hidup Suren:

Jadual hidup Suren : 5.00 am – bangun dan pergi ke kedai, 7.00 am – mulakan “delivery pertama”, 10.00 am – Suren pulang ke rumah untuk rehat dan tidur sampai jam 4.00 pm, 5.00 pm – selepas mandi (kalau dia mandi la), Suren pergi semula ke kedai, 6.00 pm – “delivery kedua” dan 10.30 pm – balik rumah tidur.

Izzat berasa amat kagum dengan Suren. Bayangkanlah beliau yang hanya pernah bekerja kilang kini, boleh menyewa sebuah kedai daripada orang Melayu, boleh menggaji 6 orang pekerja, dan yang hebatnya, berjaya membeli sebuah kereta proton waja RM8000 secara tunai.

Itulah kisah Suren, jejaka Nepal yang bijak mengambil peluang. Asalnya di Nepal cuma bekerja kampung, datang ke Malaysia sebagai pekerja kilang, dan sekarang sudah bergelar pengusaha kedai makan. Apa lagi alasan kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini. Marilah berusaha memerah keringat.

Tidak ada yang mustahil. Nak dengan taknak je! betul tak gais?

Berita penuh ; https://updatenews-48.com/2021/05/22/warga-nepal-bekerja-di-malaysia-dengan-pendapatan-rm26000-sebulan/