Warga Felda masih keliru objektif kerajaan ambil alih FGV

Oleh MHDAILY

Pertubuhan Suara Generasi Ke 2 FELDA SGK2F menyokong penuh usaha kerajaan dan pengurusan FELDA mengambilalih FGV Holding Berhad melalui penguasaan pegangan saham.

Namun, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dikalangan warga FELDA berkenaan halatuju kehadapan dalam pelaksanaan pengambilalihan dan juga objektif yang ingin dicapai melalui inisiatif ini.

Disamping itu masih terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh FELDA berkenaan peneroka berkaitan pengambilalihan ini.

SGK2F menggariskan 3 perkara yang perlu FELDA mengambil tindakan:

PERTAMA, menyelesaikan dapatan Laporan Ketua Audit Negara berkenaan nilai hutang yang tidak dapat disahkan dan tidak dapat dikenal pasti didalam penyata hutang peneroka.

Penyata hutang peneroka ini termasuk hutang pinjaman sara hidup, pengurusan ladang dan hutang sosial dimana masih terdapat baki hutang saham FGV dan masalah lebihan potongan hutang yang masih tidak dikembalikan kepada peneroka.

KEDUA, membentangkan perbelanjaan sukuk berjumlah RM9.9 bilion dan menjelaskan kos pengambilalihan FGV

KETIGA, membentangkan rancangan perniagaan selepas pengambilalihan FGV dan meyakinkan bahawa pengambilalihan dapat memulihkan aliran tunai serta memberi faedah kepada warga FELDA.

Melalui sesi parlimen dan juga kenyataan media sebelum ini, terdapat banyak komitmen yang diberikan oleh Menteri dan juga Pengerusi FELDA kepada warganya berkenaan muktamad penyata hutang dan penyelesaian masalah berbangkit.

Namun sehingga tarikh yang ditetapkan, komitmen yang diberikan masih gagal dilaksanakan.

SGK2F bimbang keyakinan kepada kerajaan dan pengurusan FELDA akan terus merosot dalam usaha mengembalikan kegemilangan serta mengekalkan kelestarian FELDA.

Oleh yang demikian, kerajaan dan pengurusan FELDA perlu segera mengambil tindakan sewajarnya bagi 3 perkara diatas agar inisiatif yang direncana dan dilaksanakan berjalan lancar dan mencapai objektif.
Terima kasih.

KEBAJIKAN WARGA FELDA TANGGUNGJAWAB BERSAMA – FB
Jamaluddin Ahmad
Timbalan Pengerus

Image may contain: 1 person