Warga emas terjatuh dari tingkat 29, tersangkut di tingkat 16

Oleh MHDAILY

Seorang warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di Blok F, Plot 29, Atarzia Park Forest City di sini pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamt (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 2.58 pagi sebelum sembilan anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi.

Beliau memberitahu, mangsa, Samsiyah Yakob, 66, jatuh dari bangunan tingkat 29 dan tersangkut di balkoni tingkat 16.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Warga emas terjatuh dari tingkat 29, tersangkut di tingkat 16

Mangsa jatuh dari bangunan tingkat 29 dan tersangkut di balkoni tingkat 16. – Foto Sinar Harian

“Mangsa merupakan warga Indonesia yang mendapat status Pemastautin Tetap tinggal dan bersama-sama anak angkat berumur 13 tahun di rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 4.55 pagi.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-maut-terjatuh-dari-tingkat-29-322009

BACA JUGA :ย 56 pendaki masuk kawasan air terjun tanpa permit khas ditahan Polis