Warga emas sebatang kara tinggal dalam treler rupanya jutawan, punyai harta RM17.2 juta!

Seorang lelaki yang menjalani kehidupan sederhana dengan tinggal di dalam treler mengejutkan orang ramai selepas kematian beliau susulan pendedahan bahawa dia sebenarnya seorang jutawan.

Semasa hidupnya, Geoffrey Holt hanya tinggal di dalam sebuah treler tanpa memiliki kereta atau perabot.

Selepas kematiannya, beliau diketahui meninggalkan wang sejumlah AS$3.7 juta (RM17.2 juta) kepada bandar Hinsdale di negeri New Hampshire.

Warga emas sebatang kara tinggal dalam treler rupanya jutawan, punyai harta RM17.2 juta!

Rakan karib Holt, Edwin ‘Smokey’ Smith, mengatakan bahawa mendiang meninggalkan wasiat yang bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat dalam bidang pendidikan, kesihatan, rekreasi, dan budaya.

“Saya tahu dia tidak mempunyai ramai ahli keluarga. Namun, tindakan meninggalkan harta kepada bandar tempat dia tinggal adalah hadiah yang sangat besar,” kata Pengerusi Lembaga Hinsdale, Steve Diorio.

Baca Artikel Penuh