Warga emas kecewa, perjalanan 140 km sia-sia bila PPV tutup

Oleh MHDAILY

Kesusahan seorang wanita warga emas menempuh perjalanan sejauh 140kilometer (km) untuk mendapatkan suntikan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menjadi sia-sia apabila PPV yang terletak di Rompin, Pahang terbabit didapati tidak beroperasi, hari ini.

Syahir Samsuri menerusi ciapan di Twitter berkata, ibunya yang berusia 66 tahun telah menerima notifikasi janji temu suntikan vaksin bertarikh 20 Julai 2021 pada pukul 11.30 pagi.

“Abang aku sudah telefon hendak sahkan tarikh. Tetapi pihak berkenaan suruh hadir mengikut tarikh yang ditetapkan dalam MySejahtera. Sudah sampai boleh tutup pula. Tahu tak berapa jauh rumah emak aku ke Rompin? 140km!

Baca Artikel Penuh