Warga emas ditemui meninggal dunia di kerusi menunggu JPJ

Warga emas ditemui meninggal dunia di kerusi menunggu JPJ.Seorang warga emas ditemukan tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Seksyen 7, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.21 pagi itu, lelaki berusia 76 tahun ditemukan oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memberitahu, susulan kejadian itu, orang awam telah menghubungi ambulans sebelum pegawai kesihatan mengesahkan kematian lelaki tersebut.

Kata beliau, mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.

Warga emas

“Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/tragedi/2021/09/warga-emas-ditemukan-maut-di-kerusi-ruangan-menunggu-kaunter-jpj/

BACA: Pembelian dua lot banglo bernilai RM5.9 juta untuk wakaf sekolah Tahfiz

Artikel ini disiarkan pada 14/09/2021