Warga Bangladesh serbu pejabat pos ambil pasport tanpa penjarakan bikin kecoh

Warga Bangladesh serbu pejabat pos ambil pasport tanpa penjarakan bikin kecoh.Kehadiran warga asing tanpa penjarakan fizikal di Pejabat Pos Jalan Stesen di sini, hari ini sehingga tular di laman sosial adalah disebabkan bagi mengambil pasport mereka.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi dengan insiden ingkar prosedur operasi standard (SOP) itu dimaklumkan pengurus pejabat pos berkenaan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal terdapat seramai 130 orang telah hadir ke pejabat berkenaan bagi mengambil pasport yang telah siap.

Warga

 

Katanya, ini memandangkan pihak kedutaan Bangladesh telah melantik Pos Malaysia Cawangan Klang sebagai ejen untuk membolehkan warganegara mereka mengambil pasport yang telah diperbaharui.

“Sepasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah hadir di lokasi dan berjaya meredakan keadaan yang tidak terkawal itu.

“Kita akan menugaskan pasukan tersebut di Pos Malaysia Cawangan Klang bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi 14 saat yang dirakam orang awam memaparkan warga asing itu sedang beratur secara rapat bagi memasuki pejabat pos berkenaan.

Turut kelihatan adalah gelagat seorang wanita yang merupakan kakitangan pejabat pos tersebut memarahi warga asing tersebut dengan rakan lelaki mengarahkan mereka beratur dengan jarak satu meter.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/14/pejabat-pos-tular-gara-gara-warga-bangladesh-ambil-pasport/

BACA: Tiada unsur rasuah dalam penyelesaian jutaaan ringgit hutang Rina, kata PM