“Warga asing raih pendapatan RM10000 sebulan dengan hanya jadi pengemis

Mereka menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan sebagai usaha untuk mendapatkan simpati.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor telah berjaya menangkap tujuh pengemis warga asing dalam satu operasi bersama di sekitar pasar malam Gelang Patah, bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir, menyatakan bahawa operasi ini dilaksanakan susulan aduan awam mengenai kegiatan dan kehadiran pengemis serta pengutip derma warga asing di pasar malam tersebut.

Baca Artikel Penuh