Pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah, meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap pihak media yang dilihat tidak sensitif a
pabila menyiarkan temubual dengan anak-anak model dan pelakon Zahnita Wilson, yang kini sedang melalui proses perceraian dan didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya, Abdul Zackery.
Dalam hantaran di Instagram, Wardina menegur tindakan media yang mendedahkan identiti kanak-kanak tersebut dan mengkritik komen-komen biadap yang diterima oleh anak-anak Zahnita di media sosial.
“Sangat tak patut untuk interview anak dia. Komen netizen terhadap anak Zahnita sangat kurang ajar.
Budak tu budak lagi, awak tak patut dedahkan budak tu,” katanya dengan penuh emosi.
Wardina juga mengingatkan bahawa sebagai wartawan, mereka sepatutnya lebih peka dan mempunyai etika yang betul. “Korang kan ada etika wartawan, jangan interview budak.
Budak tu tidak mempunyai kekuatan mental untuk hadapi komen-komen netizen. Habis mental health budak tu,” katanya, merujuk kepada potensi kesan buruk terhadap kesihatan mental kanak-kanak yang terdedah kepada kritikan awam.
Tambahnya lagi, situasi yang dilalui oleh anak-anak Zahnita adalah satu keadaan yang sangat menyedihkan. “Dah teruk mak bapak berpisah, ditambah lagi dengan komen-komen yang tidak bertanggungjawab. Kesian giler budak tu, dia tak bersalah. Dia caught in between,” tegas Wardina.
Mengulas lebih lanjut, Wardina juga berpendapat bahawa anak-anak Zahnita sebenarnya adalah mangsa keadaan dan tidak seharusnya dipersalahkan. “Budak tu, anak-anak Zahnita semua mangsa keadaan.
Bila kita fikir secara logik, Zahnita buat keputusan untuk masuk ke dalam media, itu hak dia. Tapi korang siapa nak diagnos suami dia ada NPD (Narcissistic Personality Disorder)?
Itu hak mereka untuk memberi penjelasan masing-masing,” jelas Wardina, merujuk kepada perbezaan versi cerita yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, Zahnita dan Zackery.
Wardina turut mengingatkan orang ramai agar lebih beremosi dan empati dalam menangani isu sensitif ini, tanpa memanjangkan penderitaan orang yang terlibat.
BACA: Akhirnya 2 syarikat gergasi China tunduk patuh arahan Malaysia
1 thought on “Wardina Safiyyah sekolahkan wartawan Mstar”