Wanita terkejut tengok baki akaun ada RM153 Juta, tanpa fikir panjang terus buat rancangan ‘bijak’ ini

Wanita terkejut tengok baki akaun ada RM153 Juta, tanpa fikir panjang terus buat rancangan ‘bijak’ ini

Wanita terkejut tengok baki akaun ada RM153 Juta, tanpa fikir panjang terus buat rancangan ‘bijak’ ini. BaIIon, yang juga ibu kepada dua orang anak tidak menyangka nasibnya begitu bertuah apabila menerima wang sebanyak itu.

” Saya seperti, woww biar betul kami tiba-tiba mempunyai banyak wang!”

Pada awalnya Balloon berharap seseorang betul-betul telah menghadiahkannya wang berkenaan, tetapi dia segera membuat semakan dengan pihak bank.

” Saya cuba bertanya dengan bank melalui pilihan ‘livechat’ (sembang), tetapi pilihan sembang itu telah ditutup untuk hari itu. Saya kemudian saya menghantar gambar kepada suami saya dan bertanya mengapa akaun bank kami adalah $37 juta!’

Balloon kemudian menghubungi suaminya yang berusia 39 tahun, Brian, kerana dalam masa sama dia berasa risau dan menganggap ia adalah penipuan (scammer). Malangnya, wang berjumlah AS$37 juta itu tersilap dipindahkan ke akaun banknya.

Wanita terkejut tengok baki akaun ada RM153 Juta, tanpa fikir panjang terus buat rancangan 'bijak' ini

BaIIon berjaya bercakap dengan pihak LegacyTexas Bank yang memaklumkan kepadanya bahawa wang tambahan itu bukanlah keajaiban sempena Krismas tetapi kesilapan mudah yang berlaku.nangtime.com – RM153 Juta Dipindahkan Ke Akaun Tanpa Diketahui Sumber, Wanita Terus Buat Rancangan ‘Bijak’

Difahamkan seorang juruwang telah tersalah memasukkan nombor akaun yang panjang itu sebagai jumlah wang yang hendak didepositkan.

BaIIon kemudian mengembalikan semula wang berkenaan kepada bank simpanannya. Dalam tempoh yang singkat sebagai jutawan itu, dia memikirkan bagaimana dia dapat membelanjakan kekayaannya.

Bagaimanapun susulan kesilapan itu, BaIIon berkata, dia tidak bercadang mahupun mencuba menyimpan wang tersebut.

Namun, apa yang diharapkannya adalah ganjaran berupa terima kasih kerana menjadi pelanggan yang setia dan memaklumkan perkara tersebut kepada bank.

nangtime.com – RM153 Juta Dipindahkan Ke Akaun Tanpa Diketahui Sumber, Wanita Terus Buat Rancangan ‘Bijak’

” Mereka telah memohon maaf dan suami saya menerima penjelasan bertulis daripada pengurus bank, tetapi mereka pastinya menganggap seolah-olah ia bukan perkara yang perlu diperbesarkan kerana ia hanya kesilapan perkeranian,” kata Balloon

” Saya percaya mereka harus melabur sedikit lagi dalam sistem keselamatan mereka. Kita tidak boleh memasukkan jumlah yang besar begitu sahaja tanpa memberi amaran dan pengesahan.”

Meskipun wang berjuta ringgit itu sempat ‘singgah’ ke dalam akaun dia sekitar satu setengah hari sahaja, itu sudah cukup untuk dia memikirkan bagaimana dia boleh menghabiskannya.

” Pertama saya akan melakukan pengasingan 10%. Kemudian saya akan menderma wang itu dan saya akan melabur dalam bidang hartanah” katanya.

Tahniah kepada wanita ini kerana berlaku jujur dan melakukan tindakan sepatutnya, tapi bagaimana pula dengan anda, apa tindakan kalau ada duit sebanyak itu dalam akaun anda?

BACA:

Caprice buat hal lagi, kerah rakyat Malaysia ramai-ramai boikot Ikea

Mat Saleh geram diberi sewa motor buruk di Langkawi, tayar botak habis!

CATEGORIES