Wanita terkejut lihat ular 3.6 meter dalam bahagian enjin kereta

Wanita terkejut lihat ular 3.6 meter dalam bahagian enjin kereta

Wanita terkejut lihat ular 3.6 meter dalam bahagian enjin kereta. Seorang wanita yang dikenali sebagai Adila Kaman mengalami satu detik cemas yang mendebarkan apabila mendapati ada darah menitik keluar di bahagian depan keretanya. Susulan itu, terbongkar rupa-rupanya ada luar sepanjang 3.6 meter memasuki enjin kereta tanpa pengetahuannya selama ini.

Jelas gadis ini, ketika pulang dari kerja dia mengambil keputusan untuk berhenti bagi mengisi angin tayar keretanya. Namun, dia terkejut apabila terdapat darah yang menitik di bahagian depan keretanya.

 

Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan dia berasa cemas kerana di bahagian depan sama sekali tiada kesan langgar.

Bagaimanapun, dia ketika itu tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya menunggu bantuan sampai bagi mengenal pasti darah yang menitik di tempat tersebut.

Bantuan Sampai:

Wanita terkejut lihat ular 3.6 meter dalam bahagian enjin kereta

‘Ular sebesar lengan lelaki’

Bila disiasat rupa-rupanya darah yang menitik tersebut angkara seekor ular yang ‘tersepit’ di bahagian enjin keretanya. Ujar gadis ini lagi, dia dibantu oleh rakan-rakan sekerjanya digelar sebagai Minions.

Wanita terkejut lihat ular 3.6 meter dalam bahagian enjin kereta

Bahkan, jika dilihat menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat saiz ular yang besar itu.

Tidak berakhir di situ, proses untuk mengeluarkan ular tersebut juga agak rumit dan kawan-kawannya perlu membuka bateri keretanya bagi mengeluarkan ular tersebut.

 

Wanita terkejut lihat ular 3.6 meter dalam bahagian enjin kereta

Apa yang lebih mengejutkan, apabila ular tersebut telah berjaya ‘sampai’ ke bahagian dashboard dan gadis ini terpaksa ke bengkel bagi memeriksa semula bahagian depan keretanya.

Bagaimanapun, dengan bantuan rakan-rakannya itu, bangkai ular itu berjaya dikeluarkan oleh rakan-rakannya.

Wanita terkejut lihat ular 3.6 meter dalam bahagian enjin kereta
Di penghujung thread, gadis tersebut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya yang sanggup membantunya daripada mula hingga ke akhir sehinggakan mereka tidak sempat lagi untuk makan.

BACA JUGA : Meteorit berusia 4 bilion tahun ditemui di Antartika, ujian tentukan hidupan di Marikh dijalankan
Tengah makan mee segera atas motor sekali bos call, aksi pemuda ini cuit hati netizen
Makan limau mandarin tiba-tiba rasa terbatuk-batuk, ini punca sebenarnya…

CATEGORIES