Wanita tampal nota masa bawa motor tarik perhatian

Oleh MHDAILY

Wanita tampal nota masa bawa motor tarik perhatian. Tular di media sosial sebuah rakaman memaparkan seorang penunggang motosikal wanita yang meletakkan nota ‘unik’ di belakang badannya ketika melalui sebuah jalan di Indonesia.

Rakaman yang dikongsikan di aplikasi TikTok milik pengguna bernama Azhar Kamal itu memaparkan seorang wanita sedang menunggang motosikal di jalan raya.

Lebih tertarik, dalam rakaman itu jelas kelihatan satu keping nota dengan tulisan dilekatkan di belakang wanita yang menaiki motosikal tersebut. Nota itu bertulis, ‘mohon maaf jika perlahan, saya sedang hamil’. Nota itu secara tidak langsung menarik perhatian pengguna jalan raya lain yang memuji inisiatif wanita tersebut.

Baca Artikel Penuh