Wanita tak sengaja telan jarum, selalu gigit masa nak pakai tudung punya pasal. Biasalah perempuan kalau nak senang, letak jarum kat bibir sebelum pakai tudung.
Bahaya sebenarnya apatah lagi kalau tertelan pastinya menjadi mimpi ngeri seperti yang terjadi kepada wanita ini.
Menerusi TikTok @hanyafototulang, dia berkongsi bagaiamana ada satu objek asing dalam perut wanita itu, dan ternyata ia adalah jarum.
“Sekadar mengingatkan, ini imbasan X-ray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu didiagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan benda asing dalam tubuh.
“Ini kes wanita berhijab tetapi meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.
“Nampak tak? Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” ujar pemilik video tersebut.
@hanyafototulang #fyp #viral #rontgen2023 #abdomen #corpusalienum #hijabers @HanyaFotoTulang @HanyaFotoTulang ♬ suara asli – HanyaFotoTulang
Buat para wanita adalah lebih baik jika jarum diletakkan di hujung baju di bahagian pergelangan tangan daripada letak di mulut.
BACA:
Duit Malaysia diperbuat dari lemak babi, akhirnya bekas Mufti terpaksa bersuara
Tak sangka bekas tunang Zarina ada anak dara jelita macam ni